Bagi tiap-tiap
seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari
belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah
Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga
mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah
menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan
kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan
apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan
melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)
Pada zaman jahiliah di antara beberapa orang raja ada
seorang raja yang bernama raja Habib lbnu Malik di kota Syam. Orang-orang arab
menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”
Ketika Raja Habib bersama angkatan tenteranya seramai
12,000 orang singgah di Abthah, iaitu suatu tempat dekat kota Makkah maka
datanglah Abu Jahal beserta pengikut pengikutnya memberikan berbagai-bagai
hadiah kepada raja Habib.
Setelah itu Abu Jahal dipersilakan duduk di sebelah
kanan raja Habib. Berkata raja Habib: “Wahai Abu Jahal katakan kepadaku tentang
Muhammad.”
Berkata Abu Jahal: “Tuan, silalah tuan tanya tentang
Muhammad itu dari Bani Hasyim.”
Raja Habib pun bertanya kepada Bani Hasyim: “Wahai
Bani Hasyim, katakan pada beta tentang Muhammad itu.”
Berkata Bani Hasyim: “Sebenarnya kami telah mengenal
Muhammad itu sejak dia kecil lagi, orangnya sungguh amanah dan setiap katanya
benar; dia tidak akan berkata selain dari yang benar. Apabila umur Muhammad
meningkat pada 40 tahun dia telah mula mencela Tuhan kita dan dia membawa agama
baru yang bukan datangnya dari nenek moyang kita.”
Sebaik sahaja raja Habib mendengar penjelasan dan
Bani Hasyim maka dia pun berkata: “Bawa Muhammad mengadap dengan cara baik,
kalau Muhammad degil maka gunakan kekerasan.
Setelah itu mereka pun mengutus salah seorang untuk
menjemput Muhammad SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima pesanan raja, baginda
pun bersiap-siap untuk pergi, sementara itu Abu Bakar ra dan Siti Khadijah
menangis kerana takut baginda dizalimi oleh raja tersebut.
Rasulullah SAW berkata: “Janganlah kamu berdua
menangis, serahkanlah urusanku ini kepada Allah SWT.”
Kemudian Ahu Bakar ra pun mengaturkan pakaian untuk
RasuIulIah SAW yang terdiri dari baju berwarna merah dan serban berwarna
hitam.
Setelah Rasulullah SAW mengenakan pakaian tersebut
maka baginda bersama Abu Bakar ra dan Khadijah ra pun pergi menghadap raja
Habib. Setelah sampai di hadapan raja, Abu Bakar ra berdiri di sebelah kanan
Rasulullah SAW sementara Siti Khadijah berdiri di belakang Rasulullah
SAW.
Apabila raja Habib melihat baginda Rasulullah SAW
berdiri dihadapannya maka raja Habib pun bangun memberi hormat mempersilakan
Rasulullah SAW duduk di sebuah kerusi yang diperbuat dari emas. Sementara itu
Siti Khadijah yang merasa cemas berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, tolonglah
Muhammad dan mudahkanlah dia menjawab sebarang pertanyaan.”
Sewaktu baginda duduk di hadapan raja Habib maka
keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda dan baginda duduk dengan tenang
tanpa rasa takut.
Raja Habib memulakan pertanyaan: ‘Wahai Muhammad,
kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada mukjizatnya, jadi apakah mukjizat kamu
itu?”
Bersabda Rasulullah SAW: “Katakan apakah yang kamu
kehendaki?”
Berkata raja Habib: Aku mahu matahari itu terbenam
dan bulan pula hendaklah turun ke bumi dan kemudiannya bulan hendaklah terbelah
menjadi dua, kemudian masuk di bawah baju kamu dan separuh keluar melalui lengan
baju kamu yang kanan dan sebelah lagi hendaklah keluar melalui lengan baju kamu
yang kiri. Setelah itu bulan itu hendaklah berkumpul menjadi satu di atas kepala
kamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan itu hendaklah kembali ke langit dan
mengeluarkan cahaya yang hersinar dan hendaklah bulan itu tenggelam. Sesudah itu
hendaklah matahari yang tenggelam muncul semula dan berjalan ke tempatnya
seperti mulanya.”
Setelah mendengar begitu banyak yang raja Habib
kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW pun bersabda:
Apakah kamu akan beriman kepadaku setelah aku
melakukan segala apa yang kamu kehendaki?”
Berkata raja Habib: “Ya, aku akan beriman kepadamu
setelah kamu dapat menyatakan segala isi hatiku.”
Abu Jahal yang sedang menyaksikan percakapan itu
segera melompat ke hadapan sambil berkata: “Wahai tuanku, tuanku telah
mengatakan yang cukup baik dan tepat.”
Rasulullah SAW pun keluar lalu pergi mendaki gunung
Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakan solat dua rakaat lalu berdoa kepada
Allah SWT. Setelah berdoa maka turunlah malaikat Jibril as bersama dengan 12,000
malaikat dengan memegang panah di tangan mereka.
Malaikat Jibril as berkata: “Assalamu alaika yaa
Rasulullah, sesungguhnya Allah telah bersalam kepadamu dan
berfirman:
“Wahai kekasihku, janganlah kamu takut dan bersusah
hati. Aku akan sentiasa bersamamu di mana sahaja engkau berada dan telah tetap
dalam pengetahuanKu dan berjalan di dalam qada kepastianKu di zaman azali
apa-apa yang diminta oleh raja Habib bin Malik pada hari ini; pergilah kamu
kepada mereka dan berikan hujjahmu dengan tepat dan jelaskan keadaanmu dan
keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT telah menundukkan matahari, bulan,
malam dan siang. Sesungguhnya raja Habib itu mempunyai seorang puteri yang tidak
mempunyai kedua tangan, kedua kaki dan tidak mempunyai kedua mata. Dan katakan
kepadanya bahawa Allah SWT telah mengembalikan kedua tangannya, kedua kakinya
dan kedua matanya.”
Setelah itu Rasulullah SAW pun turun dari gunung Abi
Qubais dengan rasa tenang dan rasa gembira. Malaikat Jibril as di angkasa dan
para malaikat berbaris lurus dan Rasulullah SAW berdiri di maqam Ibrahim. Dan
adalah saat itu matahari terbenam.
Matahari mulai seakan-akan berlari cepat, ertinya
matahari cepat-cepat terbenam dan menjadi gelap gelita. Kemudian bulan terbit
dengan terangnya, setelah bulan naik meninggi baginda Rasulullah SAW memberikan
isyarat dengan dua jari-jarinya kepada bulan itu, dan bulan seakan-akan berlari
turun ke bumi dan berdiri di hadapan baginda Rasulullah SAW. Kemudian bulan itu
bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu terbelah menjadi 2 dan bulan itu
masuk di bawah baju Rasulullah SAW separuhnya keluar melalui lengan sebelah
kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi keluar melalui lengan sebelah
kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali bercantum mengeluarkan cahaya dengan
terang lalu berdiri di atas kepala Rasulullah SAW dengan berkata: “Saya bersaksi
bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa
Muhammad itu hamba Allah dan RasulNya sesungguhnya berbahagialah orang-orang
yang membenarkan engkau Muhammad dan rugilah orang-orang yang menyalahi
engkau.”
Setelah bulan berkata demikian maka bulan pun kembali
ke langit menjadi terang dan menghilangkan dirinya. Sebaik sahaja bulan
menghilangkan dirinya maka matahari pun timbul kembali. Oleh kerana raja Habib
telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW mesti memberitahu rasa hatinya maka
diapun berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat
lagi.”
Belum sempat Habib hendak berkata maka baginda
Rasululah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu mempunyai seorang puteri yang tidak
mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua kaki dan dia juga tidak mempunyai dua
mata dan sesungguhnya ketahuilah olehmu Allah SWT telah mengembalikan kedua
tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”
Sebaik sahaja raja Habib mendengar dan meihat segala
galanya maka dia pun berkata: “Wahai ahli Makkah, tidak ada kufur sesudah iman
dan tidak ada keraguan sesudah yakin, oleh itu ketahuilah oleh kamu sekelian
bahawa sesungguhnya aku bersaksi, Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang satu dan
tidak ada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu
hambaNya dan utusan-Nya.”
Raja Habib dan semua bala tenteranya masuk Islam.
Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia berkata: “Wahai tuan raja, apakah tuan
percaya kepada ahli syihir ini sehingga syihir itu telah mempersonakan
tuan.”
Raja Habib tidak menghiraukan kata-kata Abu Jahal,
sebaliknya raja Habib kembali ke negerinya Syam. Apabila raja Habib masuk ke
dalam istananya dia disambut oleh anak perempuanya dengan mengucap: “Asyhadu
alla ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu” (Saya
bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan AlIah dan saya bersaksi
bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNya dan utusanNya).
Raja Habib tercengang dengan kalimah yang diucapkan
oleh anaknya maka dia pun berkata: “Wahai anakku, siapakah yang mengajarkan
kepada kamu kalimah ini?”
Berkata anak raja Habib: “Sebenarnya sewaktu saya
tidur, telah datang seorang lelaki lalu berkata kepada saya: “Sesunguhnya ayah
kamu telah masuk Islam, kalau kamu mahu masuk Islam maka aku kembalikan segala
anggota kamu dengan baik.” Setelah itu saya pun tidur dan pagi ini diri saya
tidak ada yang
kurang seperti yang ayah lihat
sekarang”
Kemudian raja Habib bersyukur sujud kepada Allah SWT
agar nikmat iman dan bertambahlah keyakinan. Setelah itu raja Habib mengumpulkan
emas, perak dan kain lalu dinaikkan atas lima ekor unta berserta dengan beberapa
orang hamba
dikirimkan kepada Rasulullah SAW.
Ketika rombongan yang membawa segala hadiah dari raja
Habib itu sampai dekat kota Makkah, tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama
kuncu-kuncunya lalu berkata: “Kamu semua milik siapa?”
Berkata rombongan itu: “Kami semua ini milik raja
Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi pada Rasullulah
SAW.”
Sebaik sahaja Abu Jahal mendengar jawapan dari
rombongan itu maka dia cuba merampas semua barang-barang yang bawa oleh
rombongan itu, oleh kerana rombongan itu enggan menyerahkan barang-barang
tersebut maka berlakulah pergaduhan antara kedua belah pihak. Apabila berlaku
peperangan diantara kedua belah pihak maka berkumpullah penduduk kota Makkah dan
datang bersama mereka Rasulullah SAW.
Melihat akan kedatangan orang ramai maka berkata
rombongan diraja itu: “Kesemua barang yang kami bawa ini adalah milik raja
Habib, dan raja Habib berhajat untuk rnenghadiahkan kesemua barang ini kepada
Rasulullah SAW.”
Abu Jahal berkata: “Raja Habib menghadiahkan kesemua
harang ini kepada saya.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai penduduk Makkah,
adakah kamu semua suka kalau aku mencadangkan sesuatu?”
Berkata penduduk Makkah: “Ya, kami
setuju.”
Bersabda Rasulullah SAW: “Kita hendaklah memutuskan
percakapan unta ini, untuk siapakah sebenarnya harta ini.
Berkata Abu Jahal: “Kita tentukan perkara ini esok
pagi.”
Setelah mendapat persetujuan dari Rasulullah SAW
untuk ditunda pada esok hari maka Abu Jahal pun balik dan terus pergi kepada
berhala-berhala yang disembahnya, dia pun memberi beberapa korban kepada
berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan pada berhala mereka sehingga
pagi.
Apabila waktu yang dijanji telah tiba maka ramailah
penduduk kota Makkah datang untuk melihat keputusan pengadilan. Rasulullah SAW
datang bersama bapa saudara baginda danAbu Jahal bersama kuncu-kuncunya. Sebaik
sahaja Abu Jahal sampai maka dia pun terus mengelilingi unta itu dengan berkata:
“Berkatalah unta-unta semua atas nama Lata, Uzza dan Manata.” Setelah Abu Jahal
berkata demikian sekian lama sehingga matahari telah tinggi, namum unta-unta itu
tidak berkata apa-apa.
Maka berkata penduduk kota Makkah: ‘Wahai Abu Jahal,
cukuplah apa yang kamu buat itu, sekarang giliran Muhamad pula untuk
melakukannya.”
Rasulullah SAW pun menghampiri unta-unta tersebut
dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk Allah, demi ciptaan Allah berkatalah kamu
dengan kekuasaan Allah.”
Setelah Rasulullah SAW berkata demikian maka
bangunlah salah satu dari lima ekor unta lalu berkata: “Wahai ahli kota Makkah,
kami semua ini adalah hadiah raja Habib bin Ibnu Malik untuk dipersembahkan
kepada Rasulullah SAW.”
Sebaik sahaja unta itu berkata demikian maka
RasulullahSAW pun menarik unta-unta tersebut berserta dengan barang-barang yang
dibawanya ke gunung Qubais, kemudian Rasulullah SAW mengeluarkan semua emas dan
perak yang
ada di atas unta lalu dikumpulkan sehingga menjadi
bukit lalu berkata: “Wahai emas dan perak, hendaklah kamu semua menjadi
pasir.”
Kemudian dengan sekejap sahaja kesemua emas dan perak
itu menjadi bukit sehingga sekarang.
0 comments:
Post a Comment